Want your
own Fotopage?








 
~From Ha's Point of View~
~ha's life and life around her~
By: Halim April

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Jan-2009 00:39 Email | Share | | Bookmark
Cuti² Mesia..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 27 photos...
Takde sebarang ulasan. Picture speak thousand words!

Tumpang iklan...

Sempena tahun baru 2009, kami mempromosikan PAKEJ PERKAHWINAN buat anda bakal-bakal pengantin.

Sila hubungi kami di talian 012-6545986

Email : dedaun_classique@yahoo.com.my

Alamat :

No. 129 Villamas 1,
Sri Utara ( KIPARK )
No. 2A, Jalan 2/3C
Off Jalan Ipoh
68100 Kuala Lumpur
( Belakang TESCO EXTRA SELAYANG )

Sila lawat :

http://web.me.com/dedaunclassique

http://krafbonda.fotopages.com
Fri 2-Jan-2009 06:35
Posted by:dedaun classique @ krafbonda  - [Link]
salam encik halim
haha, nak beli ke D70s aku?
kalau ko tgk, ko pun tanak beli kot
dah barai, aku selalu pakai, so dah banyak calar2
Sat 21-Feb-2009 11:48
Posted by:taufiqshariff  - [Link]
Add comment


Friday, 12-Dec-2008 02:32 Email | Share | | Bookmark
29 Nov 2008 - Gunung Datuk - Rembau, Negeri Sembilan

 
 
 
 
 
 
View all 15 photos...
Bulan Januari, aku plan nak panjat Kinabalu. So last month, aku pun join group panjat Gunung Datuk kat Rembau, konon²nya training untuk panjat Kinabalu la. Tapi lepas panjat G.Datuk, aku rasa menyesal gila g sign in panjat G.Kinabalu. Nilah namanya tak sedar diri.

Quote:
Menuju puncak..



Sebenarnya, aku macam dah tau, dalam banyak² outdoors, hiking bukit/gunung la yang paling aku lemah sekali. Sebab tu aku jarang join aktiviti ni. Tapi masa Pae cerita pengalaman dia panjat Gunung Korbu kat Perak dengan kawan² kitorang , aku tetiba rasa menyesal tak join. Ditambah dengan cerita Along pegi Kinabalu last 2 years, lagi la buat aku teringin try aktiviti ni.

Quote:
Got some more?



Seperti dijangka la, dengan 3 bulan tak buat sebarang aktiviti fizikalnya, maka akulah pemegang title The Weekest Hikers of The Day!! Tapi bila sampai atas, semua penat macam terus lupa. Cantik siol view! So aku rasa cam bleh paham perasaan kawan² aku masa diorang cerita pengalaman diorg. Bayangkan, tu baru G.Datuk, kalau G.Kinabalu..

Quote:
Sampai dah..



Oklah, cerita panjang pun tak guna. Enjoy the picture!

Quote:
picture session



Quote:
picture session lagi



Quote:
ulat gonggok? sepah bulan? tah la..


wei...mane gunung korbu plak kat perak tu...gunung bubu lah...gunung BUBU... Sun 14-Dec-2008 12:43
Posted by:pae
hahahaaa.. aku belasah je.. janji nama dia cam skit lebih kurang.. korbu.. bubu.. kan dekat² bunyi dia tu.. Mon 15-Dec-2008 01:27
Posted by:Ha  - [Link]



Assalamualaikum tuan rumah..

Senang2 lawatla
http://www.suriapic.com
http://www.pengantin.info

Kami menawarkan perkhidmatan fotografi & videografi untuk perkahwinan dengan harga yang berpatutan.
pakej fotografi bermula dari RM650
Sat 1-Aug-2009 02:45
Posted by:zul
Add comment


Tuesday, 9-Dec-2008 09:54 Email | Share | | Bookmark
Senamrobikton - aku sebagai simpanan

 
 
 
View all 7 photos...


Last month, aku pun dah lupa minggu bila tah, aku masuk aerobicthon, tapi aku jadi simpanan jelah, in case ade yang tak dpt datang. Nasib baik jugak simpanan, aku mane le reti aerobik² ni, penah buat sekali dua je.



Actually, diorang kasik tugas aku as diorang nyer manager. Tapi betul la kata salah sorang team aku, bukan manager actually, water boy je. Sebab aku memang pun dok asyik cari air untuk diorang je. Takpelah, nak buat cemaner.. kan. Nasib la kalo tak pandai aerobik ni. Kalo futsal tu pandai la skit.


wah.. lama dah x melawat fp ko ni...
ada perkembangan memberangsangkan.... keep it up!!!!
chai yo!!!
Wed 10-Dec-2008 15:42
Posted by:iwan  - [Link]
Add comment


Tuesday, 9-Dec-2008 08:37 Email | Share | | Bookmark
Aisyah

close up - konpius cemaner nk senyum
aisyah dan mainan - still x pandai nk senyum
baru nak senyum
View all 7 photos...


Aku tatau nama penuh dia, tapi aku panggil dia Aisyah. Dia anak cousin aku, cucu Mak Lang aku yang kat Kajang. Purpose aku nak letak gambar dia, sebab dia sangat comel, sangat lincah, tapi tak suka dengan orang yang dia tak kenal. Lagi satu.. sebab dia dah shrink. Dulu aku penah letak gambar dia masa kecik kat sini. Ni link entry tu.

http://halim-april.fotopages.com/?entry=1000694&back=http://halim-april.fotopages.com/?page=7




Add comment


Tuesday, 9-Dec-2008 08:09 Email | Share | | Bookmark
26 Oktober 2008 - Update Kenduri Juanita

 
hantaran pihak lelaki
pelamin
View all 5 photos...
26 Oktober 08, Aku dan Pae g kenduri Jua. Sebab nak pegi open house dan kenduri lain, end-up kitorang tersampai awal gila kat umah kenduri. Majlis start kul 1, kul 12 kitorang dah sampai. Belasah la...

Add comment


Tuesday, 9-Dec-2008 07:34 Email | Share | | Bookmark
PJH Hari Raya Open House - lambat gila update

Geng perempuan - tak cukup korum
geng perempuan - baru lengkap
tersandar kekenyangan - omar buat ape tu?
View all 9 photos...
Ni geng opis aku datang menyerang PJH Open House. Tak larat la nak ulas, dah basi la. Dah raya haji pun.

Add comment


Monday, 15-Sep-2008 23:37 Email | Share | | Bookmark
Majlis Buka Puasa

 
 
 
View all 30 photos...
Tak sempat nak komen.. bz sangat ni. Gambar pun.. ada lagi yang tak di upload. Untuk ulasan lepas.. sila baca

http://halim-april.blogdrive.com.

Nanti kalau ada kesempatan.. aku update lagi.

Fuhh....nampak meriah...lain kali boleh join...ari tu tak sempat.... Fri 19-Sep-2008 16:12
Posted by:MaMiN
Mamin: tulah, rugi ko takde. Aku baru je bercita² nak tgk anak ko! Tue 30-Sep-2008 00:12
Posted by:Ha  - [Link]
سلامت هاري راي عيدالفطري، معاف ظاهير دان باطين
Fri 10-Oct-2008 06:36
Posted by:unnamed  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Thursday, 11-Sep-2008 09:25 Email | Share | | Bookmark
2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Di Racun

ni mlm pertama.. dgn D dan kwn² dia
poster
'pengarah' dan 'Maya Longoria'
View all 17 photos...


Dasyat tak tajuk kat atas tu? Actualy tu tajuk teater aku tgk last berape weeks tah dulu.. sebelum puasa.. lepas balik dari Endau Selai. Masa tu aku dilanda kebosanan yang teramat. So 2 malam berturut² aku tengok teater tuh. Apa gila tah aku tgk teater yang sama sampai 2 kali.

Skrip hasil karya Faizal Tehrani dan diarah oleh Dr. abu Hassan Hasbullah, pensyarah UM, dan dipentaskan di Akademi Pengajian Islam, UM. Tapi cerita dia memang bagus. Cuma lakonan bleh di perbaiki lagi la.. especially lakonan dari Sultan Alauddin. Susuk tubuh dan aura dah dapat.. tapi 'Sultan Alauddin' susah tersilap skrip la malam last tu.. ahahahaa...


Aku menanti 'Pagoh' pulak lepas ni.. kesinambungan dari teater ini. Dan sebelum menonton pada malam kedua.. aku dah habis membaca novel 'Nama Beta Sultan Alauddin Riayat Shah', k. Eh.. macam tu ke tajuk dia? atau mungkin 'Nama Beta Sultan Alauddin'?

Kene cerita ke teater ni berkenaan ape? Ni teater sejarah.. tapi kalau bayangkan pelakon dia pakai tengkolong dan baju melayu macam orang dulu², tekaan anda memang salah. Sebaliknya teater ni menceritakan detik 2 jam sebelum teater 'Sultan Alauddin Syahid Di Racun'. Cerita dan persoalan isi cerita dikupas melalui perbualan dan perbincangan di antara para pelakon semasa mereka sedang berinteraksi dengan coffee boy, juru andam dan pengarah. Malam pertama aku tengok.. series aku blur. Banyak maksud tersirat aku tak paham. Malam kedua.. aku paham la skit². Kalau pernah baca karya Faizal Tehrani.. macam tu jugak la lenggok bahasa dan plot ceritanya.

Teater yang memberitahu bahawa ada komplot sebenarnya pembunuhan Sultan Alaudin oleh isteri kedua baginda sendiri, Tun Senaja, abang dan adik baginda serta bendahara yang juga abang ipar baginda, kerana baginda cuba menegakkan hukum Islam di bumi Melaka.

Teater yang penuh simbolik, sindirian tajam dan pedas serta menuntut pemikiran yang mendalam, aku ni mane la ikut sangat perkembangan terkini negara.. especially politik. Berat.. tapi dipersembahkan secara santai. Last scene tu je baru baru ada tunjuk Sultan Alauddin dengan isteri dia Tun Senaja (teater ni.. semua pelakon lelaki, jadi watak perempuan pun lelaki yang lakonkan).

Oklah.. aku penat la.. kat opis ni. Jap lagi nak buka pose. Sok ade update lagi.. adeehhh.. (aku suka kan cari masalah.. eheheh... )

Quote:
para pelakon



Quote:
Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan alim yang bersifat action oriented



Quote:
Tun Senaja, isteri baginda dari keturunan mamak



Quote:
Tun Senaja meluahkan rasa tidak puas hati kepada Sultan Alauddin



Quote:
Akhir, sultan mangkat di racun


Add comment


Thursday, 11-Sep-2008 05:49 Email | Share | | Bookmark
XPDC Taman Negara Endau Selai -PART III

gaya skema
gaya selamba
gaya bebas
View all 15 photos...





Aku sebenarnya cam malas² nak update walaupun banyak gambar yang kene update. But thinking of my up coming event this weekend.. huhuhuu.. takleh la malas² upload.. nanti pending lagi. Apakah my next coming event? hohohoo.. tunggu kene tunggu next Monday la (tu pun kalo aku tak dilanda kesibukkan.. huhuuu..)

Ni takde pape pun sebenarnya.. just more picture dari Endau Selai Trip. I love some of this pictures.. (some? I think most of them.. including the pictures that I didn't put here!). It was not very technical or hard to get it.. in fact, takde la lawo mane pun aku amik.. but it was very memorable and the memory are so precious! Alah.. melankolik plak tiba².

Orait.. enjoy the picture.. By the way.. do I ever tell you that thay are all work in Petronas except Amal and me? Yeah.. they are all from Petronas!!

*asal susah benar nak upload gambar kat sini.. dduuhhh...

Quote:
gambar skema la kunun..



Quote:
pose ape neh..



Quote:
pemandangan dari depan khemah.. tapi tak mandi pun kat sini



Quote:
pemandangan dari depan khemah.. cantik kan..



Add comment


Wednesday, 10-Sep-2008 07:23 Email | Share | | Bookmark
Sedikit Jualan Langsung

deodorant
hair and body wash
perfume
View all 5 photos...
Atas permintaan sesorang.. disini ada sedikit sedikit barang (sejak bila plak fp aku jadi tempat jualan? ) yg nak dijual kalo korang berminat. Kawan aku ada beli barang² body shop - men care, tapi dia tak jadi nak pakai.. so dia nak jual balik barang² tu. In case kalo ada pakai barang² ni.. bleh la korang beli kat aku. Barang ni takde beza dengan barang yang kat kedai tu. Just nak jual balik je sebab tak pakai. Baru lagi. Ade 5 item.. tengok² and resopnd la ek!

Quote:
deodorant



Quote:
hair and body wash



Quote:
perfume



Quote:
hair slick



Quote:
face scrub



Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com